Bertangas selepas haid

Posted by reez Thursday, February 17, 2011

Assalamualikum wrh........

Kalau pada entri yang lepas aku telah banyak berceloteh tentang bagaimana mengurus diri sebelum dan semasa haid ,kali ini ku ingin berkongsi cara-cara penjagaan diri selepas haid pula untuk wanita-wanita yang telah berkahwin.

Kita semua tahu , darah yang keluar sebagai haid itu boleh dianggap kotor dan berbau busuk serta hanyir.Kebiasaannya darah haid akan keluar agak banyak pada hari kedua hingga hari keempat.Dan pada hari ke7 atau ke8 ,sudah pun boleh bersuci.

Bagi anak gadis sudah memadai kalau mereka menggunakan air rebusan sirih bercampur garam sebagai amalan harian ( kalau rajin la )tapi bagi para isteri pula mereka haruslah  lebih perihatin lagi.Diantara amalan yang para isteri boleh amalkan selepas haid ialah.........

Pada hari ke 6 haid ,mereka hendaklah bertangas selama 3hari berturut-turut.Tujuannya supaya semua kotoran yang masih tertinggal akan keluar.Rahim dan urat saraf yang bengkak akan mengecut disamping itu penyakit keputihan juga akan turut terhindar.

Bila semuanya ok,keyakinan diri akan bertambah,tiada lagi lenguh-lenguh atau sakit pinggang.Ini lah yang dikatakan awet muda itu.Walau usia masih muda dengan wajah yang ayu jelita namun kalau  badan selalu masuk angin,letih sentiasa di manakah serinya...

Bahan-bahan untuk bertangas :-

- sedikit bunga cengkih

- daun sirih

- jintan hitam

- sedikit garam

- air secukupnya.

Rebus semua bahan diatas sehingga mendidih.Sebaiknya rebus dalam periuk tanah kerana lebih tahan lama panasnya.Selepas itu tuang kedalam bekas plastik yang agak2 muat jika di letakkan dalam mangkok tandas.Ambil selimut atau tuala mandi yang besar bagi menutup badan agar wap air rebusan tadi tidak akan terkeluar.

Cara-caranya:-

Letak bekas plastik berisi air rebusan ke dalam mangkok tandas.Kemudian duduk di atasnya sambil bukakan atau renggangkan kedua-dua belah peha.Tutup badan separas pinggang ke bawah dan pastikan wap air tidak keluar.Tarik nafas dalam-dalam dan kemut vagina serta tahan dalam kiraan sepuluh.Kemudian lepaskan perlahan-lahan.Ulangi sehingga air menjadi suam.Ambil air itu sebagai basuhan atau cebuk.selepas bertangas.

2 comments

  1. Anonymous Says:
  2. info yang bagus :)

     
  3. neiazarul Says:
  4. how bertangas guna mangkuk tandas ni...tak blh nk imagine...baldi letak kat mangkuk tu ke sis???

     

Jadi Ejen Kami

1

Followers